Mukasurat

Tuesday, August 23, 2011

Iron

I admit..I don't know how to iron my own shirt. Every time I look at the result. Feel like sh*t.


p/s: Yes, my word is full of whining, and my whining full of word.

Yang terkumam,
Fahmi
23/08/2011
Cankaya, Ankara, Turkiye

Monday, August 22, 2011

Funny @ Ramadhan 1432H

Aduh, lapar sungguh hari ni. Letih pula tu. Cuaca hari ni mmg agak mencabar kesabaran dan ketahanan diriku untuk berpuasa. Ya Allah, beri kekuatan kepada hamba Mu untuk bertahan sehingga terbenamnya matahari.

Hari ni aku berbuka puasa seorang diri. Saja nak jadi solitaire mcm Wolverine.

I'm the best there is at what I do. What I do best isn't very nice. I'm the Wolverine

Ish terperasan lak like an hungry Wolverine in Ramadhan..haha..

Secara solo, aku menuju tempat makan. Wah, hari ni tak ramai org rupanya. Jam pukul 7.30mlm. Untuk pengetahuan, di Ankara, waktu berbuka puasa pada jam 7.46mlm utk arini. Aku ada 16 minit lagi untuk bersiap mencari juadah berbuka. Singgah di satu restoran di tingkat paling atas bangunan. Menarik juga (but to be frank, Bazar Ramadhan at Malaysia is more lively and full of variety, trust me). Lalu lantas terus ku mengangkat tangan untuk mengambil order. As usual, ayam itik berbicara dgn sign language, tak sampai la body language. "Tu tu, ni ni", ujar aku sambil menelan air liur. Tgh lapar bro, tgk menu pun rasa sedap. Waiter,"Tamam tamam!". Sini tamam tu maksudnya OK. Kalau cakap OK, blum tentu dieorg faham simple word mcm tu.

Sambil melayari internet, aku tggu mknn sampai. Tak sampai 3 minit (main agak je), mknn dah sampai! Wah, bau mmg sedap la. Menusuk idung yang tak brape nak mancung ni! Ape lagi jamah sket. Sket jadi banyak. Banyak jadi belambak aku telan sekaligus! Lapa wei lapa!! (Kira level makan budak la ni!)

Smpi rasa mcm nak tercekik lak telan mknn byk sekali suap. Water! I need water!! Aku pelik, apa pasal org ni serve air lambat lak ni! Aku dah tercekik ni! Dah berapa minit aku tggu air ni!

Jam baru menunjukkan pukul 7.43mlm..........(self silence)......waktu maghrib belum masuk lagi daaaaaaa........ada 3minit lagi. Air sampai satu minit kemudian, dan utk coverline, aku biar sahaja mknn yang perfecty lumat dan sedia utk ditelan dalam mulut utk dua minit lagi..haish...(-_- !)


I never been in situation buka puasa awal dari waktu...first time beb!!first time!!

Yang mengharap puasanya diterima,
Fahmi
2123H,
Oran, Cankaya, Ankara, Turkiye

Saturday, August 13, 2011

Ceritera 2011 Bhgn 3

Baju checked! Catering dan khemah checked! Jemputan checked! Hantaran checked! Ape lagi yang tak settle ek? Hurm, pelamin memang tak tempah dah, nak cut cost la katakan. Hampa gak, tapi terpaksa beb, terpaksa! Ongkosnya tidak ganteng!

Tetiba, dalam saat2 getir nak menghadapi masa yang tak cukup ni, makcik aku atau aku biasa panggil die Mama, die volunteer diri dia utk buatkan pelamin bersama suami dia, Uncle Ramli. Betul ke ni? Macam tak percaya. Tapi mmg die nak buat. And you know what, she is very talented in making pelamin dan hias hantaran! Betul, tak tipu punya! But, she found the talent in late age. Kalau dia tahu talent die ni dari dulu, mst die dah jadi mak andam berjaya!

Apepun, I was really grateful that she willing to help me. Terharu beb!

TQ Mama for everything!

Mmg bertungkus lumus kiteorg nak siapkan. Teringat kesungguhan arwah mak dalam bantu kerja kawen. Akan ku ingat sampai bila. Kami kluar rumah bersama-sama mecari barang yang perlu. Dah balik rumah, rupanya ada lagi tak terbeli, kluar rumah balik. Boleh nampak letih diraut wajah arwah mak. Pastu cadangkan kat arwah mak,

Fahmi: Mak, kite kluar esok2 jela, dah pukul brape dah ni. Nnt penat lak.

Mak: Baik kita cari skrg, esok byk lagi benda nak dikejarkan lagi. Bahulu tu lagi. Nak siap2kan baju dan pelamin lagi.

Aku turut je kata mak. Betul gak, nnt lagi lmbt lagi kelam kabut. Akhirnya, sehari sebelum perkahwinan 18 Mac 2011, semua settle. Pelamin mmg cantik! Hiasan meja kiteorg recycle je botol Monavie. Sbb botol tu cantik! Tapi terpaksa pkai bunga hiasan arwah mak. Sori mak. Sebab takut bajet lari kalau bli lain.

Before setup pelamin (Arwah mak risaukan pokoknya rosak :) )

After setup (nmpk mcm ada spotlight but actually tu lampu blaja je)

Bunga hiasan! Simple yet astonish!

Setelah penat dan berhempas pulas, makcik aku siap warning aku dah, “Dah, pengantin tak perlu susah-susahkan diri buat kerja. Ko tu patut rehat!” Tapi aku lak tak sanggup tgk org-org lain bersusah payah lagi2 arwah mak dan makcik aku.

Everything is ready...I guess (risau lak nak akad keesokan harinya)

p/s: I don't really know what happen on my lovely wife side..Hope she would share her story, though.

Yang Dah Kawen,

Fahmi

14.08.2011

Monday, August 8, 2011

Ceritera 2011 Bhgn 2

Selepas je insiden yang pahit berlaku kat diri ni, aku jadi murung, orang kata muncung aku dah mcm cencurut dah.

kalerful lak cencurut ni

Mana taknya, nak kawen bulan Mac, tapi kerja takde. Nak fokus cari kerja. Nak fokus perancangan untuk kawen. Baju dah tempah, khemah dan katering dah tempah, kad jemputan dah hantar. Ape lagi tak settle ek? Oh no, my goodies bag tak settle lagi. Bahulu taktau status lagi!! Takpe, lepas singgah amik baju akad nikah, trus gi kedai bahalu nak betulkan kuantiti pesanan.

Lepas zohor aku pegi ke kedai jahit baju akad nikah (Fuh, harap2 baju tu cantik seperti mana diharapkan).

Fahmi: Bang, baju saya dah siap dah?

Abang Palembang: Baju yang mana ya?

Fahmi: Oh, kejap ye (sambil bawa kluar resit dan sample kain)

Abang Palembang: Sebentar ya.

Ish, lama la pulak org ni mengodek rak kain die ni. Jangan tak siap dah la.

Abang Palembang: Ini bajunya dong ah!

Ku belek-belek, ku belek-belek. “Wei, ini bukan yang aku mintak!”. Sesi monolog dalam hati bermula.

Fahmi: Ngapain dong, ini bukannya seperti mana saya order.

Abang Palembang: (Dengan muka angkuh dan mata merah menyala) Ini la baju kamu!

Hakeleh! Berani ko gertak aku balik. Aku order baju tu ada corak2 kerawang kat lengan, leher dan kawasan butang baju. Tp die buat takat lengan je.

Fahmi: Saya minta lain ni bang, cuba tgk balik buku abang.

Abang Palembang: Ok, mari kita lihat.

Dia tak puas hati la, siap hempas buku rekod die lagi kat atas pelantar mejahit die. Wei, cuak lak aku. Tapi aku tahu aku dipihak yang benar. Haaaa...at last, bila aku nmpk raut muka die berubah dari muka marah ke muka ketat, aku dah menghampiri kejayaan.

Abang Palembang: Ya, ada kerawangnya di situ.

Fahmi: So, macam mana nak repair ni? Yang penting bila boleh siap? Dan mcm mana awak nak pastikan kain die sama, tak lari tona dan rona2 kehidupan dari kain asal nya?

Abang Palembang: Boleh, bisa diatur, dalam Mac siap la (Sambil jarinya menunding pada kalendar kedai runcit Meru)

Fahmi: Watdehek?! Saya punya wedding lagi seminggu dari tarikh tu!! Boleh ke siap ni?!

Abang Palembang: Mou man tai! (sambil mendabik dada)

Eh, leh cakap katonis lak ko ni.

AAAArrrgggggghhhhh....satu lagi masalah..baju ku tertangguh!!!

p/s: Tapi Alhamdulillah baju dpt siap on time dan kainnya tak jauh beza dari kain asal. Syukur!

Yang menokok tambah,

Fahmi

08.08.2011

Saturday, August 6, 2011

Kotak = Kutu

Aku punya la nak mencari kotak kat sini, tp as usual, communication breakdown beb! So, aku buka google translate cari ape perkataan kotak in Turkish, Kutu. Watdehek? Kutu kepala? Aah, bedal jela, kutu pun kutu la.
Kotak yang diidamkan untuk menghantar parcel

Selesai solat jumaat, (Jumaat 5/8/2011), terus ke Panora dgn segera. (Ish mana nak cari ni ek? Ha, gi kedai buku la, mst ada nyer). Lantas tuntas aku segera ke sana.

Cari dulu kat rak-rak kedai tu. Kalau ada jual senang aku amik trus bayar kat kaunter. Dua kali pusing dah, takde. Haish, minta je la kat cashier, tnya kat stor ada kotak tak.

Fahmi: Excuse me, do you have a box?
Gadis Turki 1: ???
Fahmi: Oh, no english ek? Hmmm..kutu, büyük kutu..
Gadis Turki 1: (Mumbling in Turkish)..No (Buat muka paling tak paham)

Gambar sekadar hias menghiasi belog ini je

Hakeleh, dieorg ni faham tak ni..

Fahmi: Anybody speak english.

No respond.

Ah, terpaksa guna skill terakhir la, sign language! Ape lagi aku buat pergerakan jari membentuk kotak. Tak paham gak! Haish, haaa, aku kotak kat tepi pintu masuk. "Kutu kutu", ujar Fahmi dgn kemas sekali.

Gadis Turki 2: Ooo...Kutu.. mevcut değil kutusu..(Kotak takde bro!)

Hakeleh, ko pun panggil kutu. Aku dari tadi ulang kutu2 sampai mati kutu nak tanya kutu je.

No Kutu Kepala

Akhirnya aku pulang dengan hampa..

Macam mana nak hantar parcel ni ek? I still have no idea..haish..

Yang mati Kutu,
Fahmi

Ceritera 2011 - Part 1

Waaaa...dah lama tak updet blog. Dah bersawang dah ni. Sian la engkau wahai encik blog Fahmira..

Oh, dua ribu sebelas, tahun yang banyak memberi impact kat aku. Big impact.

Permulaan 2011, aku bertekad untuk tukar kerja sebab dah tak mampu membuat kerja diluar jangkauan dah, bab kata org

"tak boleh blah dah weeei..”

At first dapat offer satu syarikat ni kat Glenmarie, Shah Alam. Pejabatnya terletak kat wisma ni. Masa memula dapat peluang kerja baru, seronok gak, mana tak nya, offer letter dah dapat, tunggu nak lapor diri. Biasa la, 1st day, pakai sehabis kacak bergaya. Dah siap bawa repot medical check-up seperti mana disuruh. Dieorg dah bagi template utk guideline bagi doktor. (haaaa..my new day!Yippie!). Tapi bila dalam ofis dieorg dah lain macam dah. Org HR die dah mula jeling aku dari jauh. Dok kluar masuk kluar masuk pejabat sambil jeling menjeling. Aku ni ade rekod criminal ke sampai nak tgk muka super suspicious? Adakah aku ni superhero di bawah sedar? Ala2 Incredible Hulk. Pastu HR Manager panggil aku masuk, die kata,”Wahai Yang Di-Pertua, anda tidak dapat diterima untuk berkhidmat disyarikat kami kerana anda tidak memenuhi polisi syarikat kami”. I said WHAT?! No no no no...Aku masih perjuangkan situasi aku di sini. Mana tak, sebulan lebih lagi mahu kawen, mana boleh kawen tak keje..

3 hari aku perjuangkan demi kerjaya aku kat situ, siap jmpa Ketua Bahagian Teknikal, Pengurus Bahagian Teknikal. Dieorg siap buat ujian nak memastikan aku the eligible bachelor. HOD tu kata, anda selayak untuk bekerja dengan kami, sebab anda kacak, tinggi, walaupun sedikit gelap, tapi anda sesuai untuk di sini. Saya akan buat surat kepada HR untuk memastikan anda diambil berkerja di sini. Selebihnya berdoa kepada yang Maha Esa. Aku pulang ke rumah dengan rasa risau dan hati yang gundah gulana. Apa aku nak crita pada family, bakal isteri dan family bakal isteri.

“I just want to inform you all, I got rejected!!” It impossible!

Akhirnya, aku tidak diterima gak kerja di situ. Kecundang juga. Aku dah tak byk masa, aku perlu kerja! Sebab aku dah nak kawen! Tiiiiidddddaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk...

Bersambung...


Kisah Benar Yang Benar,

Fahmi