Mukasurat

Sunday, October 24, 2010

Temasik...

Lu org ingat tak crita Temasik (Singapura) dilanggar todak? Ala crita Hang Nadim letak batang pisang kat tepi pantai utk memastikan todak tidak lagi menikam rakyat jelata, tapi tercucuk kat batang pisang je. Kan senang lepas tu cucuh je api kat batang pisang tu, wat ikan todak bakar, cicah air asam lak tu..pergh..kecur air liur..
Bukan ikan todak sebenar

Tapi tu bukan crita utama sebenarnya. Crita tentang Hang Pahmi dan Hang Jiji (bukan nama sebenar) menuju ka Temasik bukan sahaja untuk menuntut ilmu duniawi dan hisab pun tetapi untuk tuntut hutang pada org Temasik! Cis, bedebah mereka!

Tunggangan kami asli dari Tanah Melayu, jelmaan biji Saga (bukan merah tp kelabu), berkeupayaan untuk bergerak pada kalajuan 20 batang rokok dan dua tanak nasi. Atau kata lain 1/67 purnama. Amacam, laju tak?
Gua tak sure ni kaler ape lak..

Arakian, Hamba dan Hang Jiji pun diperkenankan oleh Tuan Parameswara (bukan nama dia pun) utk ke Temasik. Jejak sahaja kami di laluan pintas ke Temasik, di namai Laluan Kedua. Tidak gua sangka, nak masuk sini tak boleh pakai pitih, kena pakai pitih maya rupenya. Seb bek boleh topup kat Tol je. Sampai je kat Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, makaih, senang je lepas. Kasi pasport, tunjuk muke, kasi sengih sket. Lepas beb! Tapi tatkala di Tuas Checkpoint, fuh, cuak tu. dia cek habis2 la. Dia sebut nama kena angkat tangan la. Kasi tunjuk muka. Muka lak kena toya mcm dlm pasport. Kalau ekspresi tak sama dalam pasport dia tanya lebih tu! Nape senyum? Are you on drugs? Nape masam? PMS ke? Bukan je kena check muka, isi dalam kreta pun siap cek tu. Nasib baik tak bawa spender koyak, kalau tak confirm kena tahan! You are not hygenic for Singapore! Shait!

Lepas je Imigeresen Singapore, drive pun cuak2 tu! Nak speeding pun takut beb! Kena ape semua ayat gua ada exclamation mark? Sebab ayat cuak tu!! Country of fines! There a lot of static camera around here! Silap2 kena saman kang. Sampai kapcai singapore pun hi-beam kat gua sebab slow sgt. Siap lu, nnt lu masuk Malaysia, gua cucuk lu siap gesel lagi kasi cuak!

Nasib baik gua dah study map Singapore ni. Tak payah susah2 nak pakai Garmin ke, Papa Go ke, Papa Chop Mama Grill ke. (Tapi sebenarnya dua kali gua sesat kat Second-Link, gua buat panggilan kat saudagar arab yang arif tentang muka bumi Singapore, Sheikh Gaddafi (masuk US ni, confirm kena tahan National Security)). Sampai je kantor di Singapore, semua gi rehat. Hampeh! Aku ingat ada sambutan karpet merah, diselangi dgn tarian naga dan bunga api. Nmpknya hanya angan2 kosong je..takpe lagi, kami dihidangkan dgn bege ikan!

Lu org tgk ni, confirm lose ur appetite!

Hampeh, nasib baik gua dgn tag team gua tido Johor Bahru malam ni, takde la nak kebulur nak cari makan. Malam pertama, gua cek-in kat Hotel Sri Malaysia. Tak sia2 gua menuntut ilmu kat Tanah ter-Selatan ni dulu, tak payah susah payah gua nak tnya org mcm mana nak ke hotel tu. Nak harap kat Hang Jiji, lagi hampagas, dia kata sejak dia lahir kat East Coast, dia tak penah tau Johor tu ialah sebuah negeri. Tapi gua cuak gak la tgk kemajuan jalan kat Johor ni. Dulu kat Taman Perling jalan 2 lanes jek, skrg 3 lanes. Trapik light mmg dah tak wujud dah,sebab dah jadi mcm hiway, sambung direct ke Pasir Gudang, dan jalan yang tak rata dan berlubang2 untuk memastikan rakyat Johor memandu dalam lingkukan halaju yang dibenarkan. Tenang, gua bertenang...akhirnya jumpa gak jalan ke Hotel Sri Malaysia, Larkin. Malam tu gua tiba2 tringat rakan seperjuangan Naysof (bukan nama sebenar gak) yg kini berada kat Johor gak. Ape lagi, ajak mkn la. Sori Hang Jiji, gua bukan menduakan lu, tapi gua mmg tak penah jatuh hari dgn lu pun. Sori bro, gua have a date with Naysof. Chow.

Malam tu mkn ayam tandoori yang dicadangkan org rakan gua. Ek eleh, tak sedap sgt pun. tapi nasib baik lu blanje, tiba2 ayam tu jadi manis & roti naan tu jgn ckp la, empuk lagi tu! Lepas tu kami tringat kat seorang pelakon yang lama gile tak jmpa. Lurik. Ape lagi, gua capai kat hanpon canggih gua, trus contact dia. Dia kata leh jmpe. Malam tu kiteorg spend 2 jam berborak! Gerek sey! mana tak nya, dah hampir 4 tahun tak berjumpe. Tapi Lurik, camne lu leh menten kurus dan hensem seperti mana zaman kegemilangan dulu ek? Hampa sket sebab takleh jmpe anak lu Lurik. takpe kalau ada masa, kite set date lagi bro!

Hari kedua,gua ke Singapore balik. Gua amik tindakan bijak, masuk singapore lambat sket. Untuk memastikan trafik lancar. (tapi sebenarnya malas nak masuk awal, sebab org singapore lagi pemalas!). Gua n Hang Jiji ingat keje leh settle hari tu gak, tapi disebabkan awek filipina ni ,wat keje tak serius, gua kena tanggungkan hasrat utk ke kampung halaman. Hampeh lu! Lu ingat lu Filipino, lu cantek sgt sampai wat gua sanggup tunggu lama2 kat sana? Wei, aRAMani (bukan nama sebenar), awek lu wat hal la! Terpaksa gua merempat kat Johor Bahru lagi. Kali ni gua nak tido dekat sket dgn UTM. Malam tu, leh gua gi pusing2 tempat gua belajar suatu ketika dulu. Ape lagi, khidmat Naysof sekali lagi diperlukan! Sori Hang Jiji, gua bukan sengaja ketepikan lu, tapi gua nak lupekan hal kantor..

Wei, korang nak tau,UTM dah lain siot! Parking FKM dah ada bangunan FKE parking kat situ! Parking Lab FKM dah ada blok FKM baru! Kat Fakulti Geo, dah ada bangunan cantik gile! korang yang dah lama tinggalkan UTM mcm gua, pasti ternganga dan kagum dgn ape yang berlaku pada UTM skrg ni. Siap ada stadium lagi tu! Standing ovation to my University. Tapi lu org tak pikir ke, lu org wat bangunan kat parking lot, habis tu kreta nak parking kat mana dowh? Lereng bukit? Tepi sungai? Atas tebing? Depan rumah NC? Planning tak cukup proper lagi dowh! Hari kedua gua berakhir dgn lawatan gua ke UTM.

Hari ketiga, dan hari terakhir. Gua nak pastikan org singapore ni wat keje sehabis cun melecun. Tapi awek filipino ni mmg tembel! boleh dia cakap nak hantor barang senin! wei, ko nak hantor senin boleh, tapi nnt yg mjawab barang sampai lambat siapa? GUA! GUA TAU! gua plan baik nak balik sebelum lunch, lu lak merosakkan plan gua. Alih2, gua balik kul 5 gak! Hampeh Hampeh Hampeh Hampeh! Gua terpaksa hire Naysof sebagai pemandu gua. Smpi gak la rumah kul 1 pagi. trima kasih atas kecelaruan yang telah ditimbulkan.

Kesimpulan, gua nak simpul rambut awek filipino tu kat pintu. Just nak make sure dia tak balik keje awal.


Wednesday, October 20, 2010

Kemaman 1


Itu hari gi Kemaman dgn bos. Ape yang best? nak tau? nak tak?

Dapat naik kreta BMW 325! Dapat merasa speeding kat KL-Karak Speedway 180-200km/h! Nak tau ape lagi best! Kiteorg hidup! Tanpa kesan luka! Cuma sedikit lebam. lebam kat hati. Wei bos! kalau ko mati sorg gua takde hal, ni nak ajak aku kamikaze skali! Nasib baik kreta tu mcengkam jalan dgn baik skali. Hail to Bayerische Motoren Werke AG! Memang keje korang marvellous!

(Nasib baik kete bos ada bumbung, kalau takde, maybe tercampak kluar dah)


Bertolak kul 5.30 ptg, sampai Cherating siap makan malam, check in kat Suria Cherating Resort kul 8.00malam. Bertapa 325i mencemburui masa! Hail to Bayerische Motoren Werke AG again!!
(Not highly recommended)

But, shait, kena tido sebilik dgn bos! Habis personal life aku! The whole day kena hipokrit, kena berlakon! How do I run away from this problem? Tido awal la jawabnya!! 9.30 dah masuk tido. Kul 3 terbangun. Shait! Cuba lelap balik. Kul 4 terbangun. Shait!

Bangun pagi nasib baik takde masalah. Gua mengamalkan less conversation is the best medicine. Makin byk ko borak dgn bos, makin byk masalah dowh! wpun perkara tu bukan masalah, tapi nnt akan jadi masalah kat diri lu satu masa nnt. Percaya la. (Hanya sesuai utk bukan kaki kipas bos la).

Masuk opis region East Coast, 1st time jumpe bebudak Kemaman. Dieorg ok gak la. Friendly. Tapi opis dieorg baru. Ingat opis KL kecik, rupanya kat sana lagi kecik. Boleh memuatkan hanya 20 ekor Rottweiler pada satu masa. Kalau lebih boleh bikin hati panas bro. Sempit!

The whole day, gua sangka leh settle masa tu gak, tapi last2 tak settle gak. Tycoon Minyak dan Gas kita masih tidak berpuas hati dgn prestasi kami. Ape lagi, dieorang minta repeat game la. Dieorg kata,"U all tak prepare good enough to treat us as tycoon. U treat us as taukeh, dei we are Tycoon!!! woot wooot!!" Bermakna gua kena prepare sebaik mungkin utk memastikan repeat game pada seminggu akan datang, kami boleh menang!

Bos gua kata,"Macha, I'll let you to further ur training in Singapore. Train well macha".

Gua counter pertanyaan dia,"How about you sir?".

Pandai lak die menjawab dgn jawapan, "Me? Of course at Scotland!Don't ask another stupid question, biatch".

Demmit, aku gi Singapore, dia leh lak gi Scotland.

Kesimpulannya. Ke Temasik la aku. Seb bek boleh bawak super-sub. Kemamanian guy to back me up. BACK UP BACK UP, SAY WATCHA WANNA DO NOW!