Mukasurat

Monday, February 28, 2011

Mac 2011 (19hb tu tak lama ooooiii!!!)




Hola!!!

Lama dah tak hapdet blog ni. Sian kat blog ni.

Sedor tak sedor, dah masuk bulan MAC 2011!!!! Lagi 19 hari ke tarikh majlis perkahwinan!!Pergh..kena stat buka buku PAFA ni. Rukun nikahm, lafaz akad nikah. Sahaja aku terima nikahnya....(dubdapdubdap...neves nyeeeeeee).

OK kita check balik, barang hantaran? BERES! Duit hantaran? BERES! Ape lagi yg belum?? Fotografer dan baju!! esok kena amik baju akad nikah dah. Seb bek teman ingat, kalau idak..huhuhu (Set reminder set reminder). Mmg teman kalut lak tetiba.

Hujung minggu baru2 ni teman balik ke rumah adik beradik Abah. Sempat la tido semalam kat rumah Ayah Andak di Kuale Ketil. Sempat jmpa Mak Lang je di Lenggong, Ayah Lang takde kat rumah lak, ke Ipoh kata Mak Lang. Ke Tepeng lak, sempat jmpa Ayah Uda & Ummi je. Mase kat Tepeng tu, sempat la nyinggah kedai feberet Abah suatu masa dulu, Restoran Bismillah. Abah kate Ta (nenek teman kiteorg gelor Ta) suke mkn sini sebab ada jual otak lembu yg mana feveret Ta. Hehe..geli geleman gak dgr cite nye, tp mmg restoran ni lama, umornye 111tahun dah! Tuan kedai ni generasi ke-5 yang menjaga. Umor die 65 tahun dah. Even sekolah St. George pun 15 tahun lagi muda dari Restoran Bismillah! (est. 1915)

(Kat jam tertera, EST 1900!! Old Skool!!)

(Classic word, SELDADU = TENTERA)

Otw balik singgah Kuale Dipang jmpa Yan dan dua pupu teman yang teman sendiri tak penah jmpe. Tapi sama baya dgn Abah. Haih, penin dgn susur galur kluarge ni sebenornye. Tapi paling ingat Yan cakap,"Kalau kamu org tak ajak Yan datang, Yan mesti pegi punya..". Lawak la Yan ni. Sempat la gak ngambil gambor pokok deroyan tatkala senja. Seb bek takde entiti tak dikenali terpapar kat lensa kamera digital. Fuh!

(Hitam Putih Pokok Durian)

Mission accomplish part distribution card kat kawan2 dan ahli keluarga. Pasni kat jiran tetangga lak. Abah la wat, Fahmi malu dan segan lak. Bye!

**FaHMi**