Mukasurat

Saturday, August 6, 2011

Ceritera 2011 - Part 1

Waaaa...dah lama tak updet blog. Dah bersawang dah ni. Sian la engkau wahai encik blog Fahmira..

Oh, dua ribu sebelas, tahun yang banyak memberi impact kat aku. Big impact.

Permulaan 2011, aku bertekad untuk tukar kerja sebab dah tak mampu membuat kerja diluar jangkauan dah, bab kata org

"tak boleh blah dah weeei..”

At first dapat offer satu syarikat ni kat Glenmarie, Shah Alam. Pejabatnya terletak kat wisma ni. Masa memula dapat peluang kerja baru, seronok gak, mana tak nya, offer letter dah dapat, tunggu nak lapor diri. Biasa la, 1st day, pakai sehabis kacak bergaya. Dah siap bawa repot medical check-up seperti mana disuruh. Dieorg dah bagi template utk guideline bagi doktor. (haaaa..my new day!Yippie!). Tapi bila dalam ofis dieorg dah lain macam dah. Org HR die dah mula jeling aku dari jauh. Dok kluar masuk kluar masuk pejabat sambil jeling menjeling. Aku ni ade rekod criminal ke sampai nak tgk muka super suspicious? Adakah aku ni superhero di bawah sedar? Ala2 Incredible Hulk. Pastu HR Manager panggil aku masuk, die kata,”Wahai Yang Di-Pertua, anda tidak dapat diterima untuk berkhidmat disyarikat kami kerana anda tidak memenuhi polisi syarikat kami”. I said WHAT?! No no no no...Aku masih perjuangkan situasi aku di sini. Mana tak, sebulan lebih lagi mahu kawen, mana boleh kawen tak keje..

3 hari aku perjuangkan demi kerjaya aku kat situ, siap jmpa Ketua Bahagian Teknikal, Pengurus Bahagian Teknikal. Dieorg siap buat ujian nak memastikan aku the eligible bachelor. HOD tu kata, anda selayak untuk bekerja dengan kami, sebab anda kacak, tinggi, walaupun sedikit gelap, tapi anda sesuai untuk di sini. Saya akan buat surat kepada HR untuk memastikan anda diambil berkerja di sini. Selebihnya berdoa kepada yang Maha Esa. Aku pulang ke rumah dengan rasa risau dan hati yang gundah gulana. Apa aku nak crita pada family, bakal isteri dan family bakal isteri.

“I just want to inform you all, I got rejected!!” It impossible!

Akhirnya, aku tidak diterima gak kerja di situ. Kecundang juga. Aku dah tak byk masa, aku perlu kerja! Sebab aku dah nak kawen! Tiiiiidddddaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk...

Bersambung...


Kisah Benar Yang Benar,

Fahmi

No comments: