Selepas je insiden yang pahit berlaku kat diri ni, aku jadi murung, orang kata muncung aku dah mcm cencurut dah.
kalerful lak cencurut ni
Mana taknya, nak kawen bulan Mac, tapi kerja takde. Nak fokus cari kerja. Nak fokus perancangan untuk kawen. Baju dah tempah, khemah dan katering dah tempah, kad jemputan dah hantar. Ape lagi tak settle ek? Oh no, my goodies bag tak settle lagi. Bahulu taktau status lagi!! Takpe, lepas singgah amik baju akad nikah, trus gi kedai bahalu nak betulkan kuantiti pesanan.
Lepas zohor aku pegi ke kedai jahit baju akad nikah (Fuh, harap2 baju tu cantik seperti mana diharapkan).
Fahmi: Bang, baju saya dah siap dah?
Abang Palembang: Baju yang mana ya?
Fahmi: Oh, kejap ye (sambil bawa kluar resit dan sample kain)
Abang Palembang: Sebentar ya.
Ish, lama la pulak org ni mengodek rak kain die ni. Jangan tak siap dah la.
Abang Palembang: Ini bajunya dong ah!
Ku belek-belek, ku belek-belek. “Wei, ini bukan yang aku mintak!”. Sesi monolog dalam hati bermula.
Fahmi: Ngapain dong, ini bukannya seperti mana saya order.
Abang Palembang: (Dengan muka angkuh dan mata merah menyala) Ini la baju kamu!
Hakeleh! Berani ko gertak aku balik. Aku order baju tu ada corak2 kerawang kat lengan, leher dan kawasan butang baju. Tp die buat takat lengan je.
Fahmi: Saya minta lain ni bang, cuba tgk balik buku abang.
Abang Palembang: Ok, mari kita lihat.
Dia tak puas hati la, siap hempas buku rekod die lagi kat atas pelantar mejahit die. Wei, cuak lak aku. Tapi aku tahu aku dipihak yang benar. Haaaa...at last, bila aku nmpk raut muka die berubah dari muka marah ke muka ketat, aku dah menghampiri kejayaan.
Abang Palembang: Ya, ada kerawangnya di situ.
Fahmi: So, macam mana nak repair ni? Yang penting bila boleh siap? Dan mcm mana awak nak pastikan kain die sama, tak lari tona dan rona2 kehidupan dari kain asal nya?
Abang Palembang: Boleh, bisa diatur, dalam Mac siap la (Sambil jarinya menunding pada kalendar kedai runcit Meru)
Fahmi: Watdehek?! Saya punya wedding lagi seminggu dari tarikh tu!! Boleh ke siap ni?!
Abang Palembang: Mou man tai! (sambil mendabik dada)
Eh, leh cakap katonis lak ko ni.
AAAArrrgggggghhhhh....satu lagi masalah..baju ku tertangguh!!!
p/s: Tapi Alhamdulillah baju dpt siap on time dan kainnya tak jauh beza dari kain asal. Syukur!
Yang menokok tambah,
Fahmi
08.08.2011
No comments:
Post a Comment