Mukasurat

Friday, September 17, 2010

September 2010 sudah

Salam semua, Salam 1Malaysia (patriotik sket),

Lama dah tinggalkan blog ni. Since masuk keje baru, takde masa yang cukup utk karang kat opis (hehehe..gaya mcm curi tulang je bunyi). kalau balik rumah confirm dah malas dah. masa tu la nak baca paper, nak tgk tv, nak main xbox. huhuhu...

Bulan ni kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, tapi raya tahun ni tak balik ke Perak. Sebab sibuk mguruskan utk Hilmi, yang mana dia bertolak ke sana pada 14.9.2010. Dia dah selamat sampai di Sheffield, bak kata mat saleh, further study. cewah! Pesanan buat adik ku sayang, "Sila belajar rajin2, bukan sahaja belajar dari segi akademik, tapi survival di tempat org".

Seronok dapat tgk ahli keluarga sendiri ke sana. Mak pulak dah blaja Skype dgn Hilmi. Syukur ada teknologi video call skrg, tak susah nak tnya kabo, nak tgk rupa baru latest Hilmi. huhuhu...

Nasib diri ini pula? Haiyaaa...ntah la...nak kongsi, tp mcm tak kena jek. Semua serba tak kena. Nak kata salah org lain, pas tgk2 balik, mcm salah diri sendiri jek. Perlukah ku mengeluh? Perlukah ku menangguh? Perlukah ku mengenang sahaja?

Fahmi
Rumah
1224H 18/9/2010

No comments: