Mukasurat

Wednesday, March 31, 2010

Pre-Goodbye SMEA

Tinggal lagi 7 hari bekerja utk saya tinggalkan SMEA. Bila buat kira-kira, 1 tahun, 5 bulan & 8 hari saya berkhidmat utk SMEA sehingga tarikh terakhir saya berkhidmat (11 April 2010). Rasa sekejap je, pejam celik pejam celik. Tapi sudah setahun lebih dah..

Terima kasih diriku ucapkan buat Amirul Hafis (Bijus, nickname dia di UTM) kerana forwardkan resume kepada Pn. Zuraida (Head of Technical Services pada masa tu).Aku dipanggil interview utk SMEA evaluate either me suitable to work in the company or not. Alhamdulillah terpanggil gak saya utk bekerja di SMEA. Tarikh mula berkhidmat pada 3 November 2008.

Pada masa tu kemasukan bersama Faris. Seminggu kemudian Anwar menyusul. Pada masa tu jurutera yang wujud Syahidi (Incharge Dept Engineering), Faizal (Senior Boeing), Syed Zulhisyam (ex terendak n nama nak tiru nama aku!) dan Hafzil (tokey project Pylon). Technician yang ada lak Kak Yati, Kak Ida, Shakila, Arni, Ita, Hafiz dan Jai. Otai2 lak yang ada Mr. Akram (usually we called him as Chief!) dan Tok Guru Deni Irawan (expatriate from Bandung). Tak lupe Bijus yang bertugas di Business Development Dept bersama bosnya Mejar Saleh (kini sudah bersara). Sangat-sangat seronok pada masa ni. Kami semua sekepala, akak2 semua baik2. Otai2 pun tidak kedekut ilmu. Memang sangat seronok ketika kerja di sini walhal saya takde pengalaman langsung kerja dalam industri pembuatan lagi2 industri aeroangkasa. Masa ni la yang saya sedar, cuma saya sorang je budak automotif, yang lain semua budak aerospace dan aeronautic. Tapi mereka semua tidak kedekut ilmu walaupun sedikit untuk dikongsikan.

People come and go. Faizal dan Syed meneruskan karier mereka di Air Asia X (mengikut jejak langkah engineer sebelum ni, Rahim). Pada masa tu terasa agak suram kerana kehilangan engineer2 yang hebat. Tetapi Pn. Zuraida lantas mencari pengganti, Azimin Elias (suggested from Aishah, if Im not mistaken). Dan seorang engineer perempuan masuk, Maisara.

Tetapi masa berlalu giliran Faris dan Azimin pula mengembangkan kariernya ke tempat yang lain atau lebih baik. Tinggal saya, Anwar, Hafzil dan Maisara. Agak kelam-kabut gak pada masa ni. Terlalu banyak benda nak recover. Tetapi SMEA pantas mencari orang ganti. Zaime dan Shikin join SMEA dan beberapa orang dari program GEMS. Tapi Zaime sekejap je, sebab dapat panggilan utk keje gomen.

Kini tinggal Anwar, Hafzil, Sara, Shikin dan Izzah (diserap jadi pekerja tetap dari program GEMS). Skrg giliran saya untuk mengikut jejak langkah untuk melangkah keluar dari SMEA untuk mcuba nasib di tempat lain.

SMEA banyak memberi peluang kepada saya untuk bersuara, untuk bertindak sebagai jurutera sepenuhnya, technical, hand-on, manage project, supervising, kadang-kala terlalu banyak sampai secara tidak langsung belajar untuk tangani stress di tempat kerja. Terlalu macam benda saya belajar di sini. Yang tak baik semua tu malas nak crita, bak kata orang, "Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Kenangan manis dan pahit pasti ada. Semua itu mengajar kita untuk menjadi lebih kuat dan yakin. Tidak lupa juga persahabatan terbentuk (wah, sebak lak!).

Terima kasih nak ucapkan pada Pak Deni atas segala ilmu technical dan ilmu lain. The professional Indonesian I ever meet! Akan saya ingat semua yang baik dari Pak Deni.

Semua dari PPO (process planning office) you all are the best! I am gonna miss u guys (wuu, nak nangis dah). Hope all the best for SMEA! For my current project, B767-300BCF, B747-400BCF, Avcorp 747BCF, BAA 747-8, Spirit 747-8, ACM 747-8, RFP-6B, RFP-6C, RFP-4E, RFP1 and B767/777, I am going to miss you soooooooo much!!! Seronok jadi engineer specialise in Boeing project. You gave me headache, you gave me strength, you gave me idea, you gave me knowledge, you make me proud to be an Engineer for Boeing Projects (walaupun sesetengah soalan basic for Boeing pun takleh jawab, mengelabah baca spec balik..hehehe)

Syukur tak terhingga kepada Ilahi kerana Kuasa dan Kebesaran-Nya memberi peluang kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk merasa nikmat ilmu kejuruteraan ni.

Menghitung hari untuk saya melepaskan jawatan sebagai Process Planning Engineer. Sedih juga, tapi kehidupan mesti diteruskan. Saya ingin menimba ilmu lebih banyak lagi pada masa hadapan.

Goodbye SMEA, Thank you SMEA.

Note: Dulu masa lepas SPM (2001), pernah lalu depan SMEA, lalu saya terfikir, adakah saya akan bekerja di sini?

FaHMi
2005H Rumah

1 comment:

Zizie Saref said...

sekali lg aku dilupe kn...